Categories
SELANGOR

Sudah terlambat tubuh jawatankuasa kabinet GST

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 MEI: Cadangan penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaksanaan GST disifatkan sudah terlambat kerana kerajaan harus memikirkannya lebih awal sebelum cukai itu dilaksanakan, pada 1 April lalu.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, kerajaan sendiri membuat kenyataan sudah melaksanakan kajian terperinci bagi pelaksanaan cukai yang memberi tekanan kepada rakyat itu.

fomca-GST(gula1)“Kalau nak tubuh jawatankuasa sudah terlambat. Sebelum melaksanakan GST, kerajaan kata sudah kaji tiga hingga empat tahun.

“Kalau sekarang baru nak tubuh, itu kerja bodoh. Ia menunjukkan tidak ada perancangan betul dan sistem yang boleh difahami orang ramai,” katanya ketika diminta mengulas cadangan yang dikemukakan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Terdahulu, Irmohizam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam kenyataannya berkata, jawatankuasa itu wajar diwujudkan bagi memastikan koordinasi pelaksanaan secara bersepadu antara agensi kerajaan dapat digerakkan.

Wong ChenSehubungan itu Wong Chen berkata, cadangan berkenaan menunjukkan kerajaan sudah merasa tekanan rakyat selepas plaksanaan GST memasuki bulan kedua.

Sebagai contoh, katanya, masalah caj kad tambah nilai telefon bimbit yang masih belum diselesaikan memperlihatkan pelaksanaan GST tidak berjalan lancar.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.