Categories
SELANGOR

ABIM: Masjid di Malaysia patut contohi program Masjid Cardiff tingkat keharmonian agama

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 MEI: Program Hari Terbuka Masjid terbukti inisiatif terbaik bagi meningkatkan keharmonian serta membetulkan persepsi  dan kefahaman orang bukan Islam terhadap Agama Islam.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan berkata, sambutan bukan Islam ketika program berkenaan dilaksanakan pihaknya begitu menggalakkan.

Masjid Cardiff“Kita sudah buat di beberapa masjid termasuk Masjid Biru Shah Alam, Masjid Besi Putrajaya dan dapat dilihat respon baik diterima.

“Malah program selingan seperti anjuran ABIM, Masjid Tour Guide (MTG) berjaya menarik lebih 60 bukan Islam memeluk agama Islam,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau dihubungi bagi mengulas usaha Masjid Cardiff di Wales yang mengadakan Hari Terbuka Masjid bagi meningkatkan hubungan baik dengan bukan Islam.

Mengulas lanjut, Amidi bagaimanapun menggesa agar pengerusi dan Iman masjid di negara ini bersikap lebih terbuka dan positif dengan program sebegini.

“Saya percaya satu orientasi masjid perlu diadakan bagi mengubah persepsi mereka yang menguruskan masjid ini.

“Kita mahu agar sesiapa yang menjaga masjid itu mampu menyampaikan mesej bahawa Islam ini adalah rahmat ke sekalian alam,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.