Categories
SELANGOR

AGENDA tunjuk pencapaian positif, selesai isu tertunggak

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 MEI: Agenda Makmur Selangor (Agenda) yang dibangunkan Kerajaan Negeri menunjukkan pencapaian positif sejak mula dilaksanakan beberapa bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG), Raja Shahreen Raja Othman berkata, kejayaan atau hasil awal yang diperoleh membabitkan Projek Canal City.

Katanya, ia merujuk kepada hak pulangan peratus perkongsian nilai pembangunan kasar (GDV) yang berjaya ditambah berjumlah RM550 juta dan menjadi penyelesaian ‘menang-menang’ antara Selangor dan pihak pemaju.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (8)“Pencapaian kedua adalah berkenaan isu legasi dan perundangan berkenaan pertikaian dan saman ganti rugi apabila penyelesaian berjaya dicapai dalam kes itu.

“Potensi kerugian hutang bank dan kos guaman hampir RM300 juta berjaya dihindari,” katanya pada Majlis Pelancaran Agenda dan DEIG di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.

Raja Shahreen berkata, pencapaian ketiga adalah pembiayaan defisit bajet Selangor RM450 juta melalui bayaran balik pinjaman Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kepada Kerajaan Negeri yang akan dimuktamadkan antara Jun hingga Julai tahun ini.

Selain itu, katanya, pencapaian lain membabitkan pemasangan 2500 wifi hotspot percuma yang diumumkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

ceo-admin-ajax“Kami mensasarkan pemasangan 600 wifi hotspot dalam bulan ini dan yakin akan menyiapkan semua 2500 wifi hotspot, Oktober ini.

“Sukacita saya ingin maklumkan pemasangan 2500 wifi hotspot ini hanya langkah sementara untuk memberi akses kepada jalur lebar internet untuk semua rakyat di Selangor.

“Kita sebenarnya dalam proses menyiapkan pelan tindakan atau ‘blueprint’ untuk projek ‘Selangor Smart State’ membabitkan ICT, internet dan perkhidmatan lebih cekap dan efisyen sebagai pemangkin negeri melangkau jauh ke hadapan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.