Categories
NASIONAL

Ambil iktibar 2004, jangan ambil mudah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 6 MEI: Petugas kempen Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diingatkan tidak mengambil mudah keupayaan pihak lawan walaupun parlimen itu kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Calon PR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, hal itu berikutan rekod menunjukkan BN berjaya merapatkan majoriti kemenangan 590 undi sahaja pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11).

“Saya lihat sambutan menggalakkan tetapi masih ingat pertarungan 2004. Kita tidak boleh sambil lewa dan menganggap pertarungan mudah kerana Permatang Pauh kubu kuat yang perlu dipertahankan,” katanya kepada Selangor Kini.

_MG_5975Beliau berkata demikian selepas menghadiri perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Pilihan Selangor Legend menentang Pilihan Pulau Pinang Legend di padang bola sepak Mengkuang Semarak, di sini, semalam.

Dr Wan Azizah berkata, PR sedar BN sedaya upaya sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti yang dimenangi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada PRU-13 lalu.

Pada PRU-13 lalu, Anwar berjaya mempertahankan kerusi itu selepas menewaskan BN dan calon bebas dengan majoriti besar 11,721 undi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.