Categories
SELANGOR

Azmin berbasikal tinjau bandar Osaka

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 27 MEI: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang terkenal dengan semangat kesukanannya terutama dalam sukan basikal menggunakan kenderaan itu untuk bersiar-siar di bandar Osaka, Jepun.

Aktiviti secara santai itu adalah sebahagian daripada lawatan kerja beliau bersama delegasi Selangor ke bandar pelabuhan komersial paling sibuk di negara matahari terbit itu, lapor malaysiandigest.com.

basikal MBMohamed Azmin yang berkongsi gambar berbasikalnya di Twitter dilihat mengenakan pakaian formal untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Osaka.

Beliau secara rasmi mengetuai delegasi yang disertai Invest Selangor Berhad dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari di Jepun.

Sebelum ini, rombongan berkenaan mengadakan pertemuan bersama pihak kewangan Jepun selain melawat kilang pengeluaran kereta dan melihat perkembangan bandar Osaka serta sistem kereta api.

Pasukan Invest Selangor ditugaskan untuk mempromosi Selangor sebagai destinasi pilihan pelaburan masa depan serta menarik pelaburan berteknologi tinggi ke negeri ini.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut berkongsi di Twitternya tentang minatnya terhadap idea Projek Loji Kuasa Solar “Osaka Hikari no Mori” di bandar berkenaan yang mula beroperasi pada 2013.

Ia berikutan projek loji itu menggunakan bekas tapak pelupusan sisa industri dan menjadikannya aktiviti ekonomi produktif dengan menghasilkan 10 megawatt sehari untuk 3,200 isi rumah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.