Categories
NASIONAL

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat kem pemerdagangan manusia

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 27 MEI:  Pakatan Rakyat mahu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bebas bagi menyiasat kewujudan kem pemerdagangan manusia di Padang Besar, Perlis.

R Sivarasa (PKR-Subang) yang bangun meminta laluan mencelah ketika sesi perbahasan Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) membangkitkan perkara itu dan disokong pembahas lain.

Kubur PTIMenurut Hatta,imej Malaysia yang tercalar perlu dipulihkan kerana ia turut melibatkan soal kepercayaan rakyat.

“Saya sependapat dengan Subang (Sivarasa). Kehilangan kepercayaan terhadap penguasa tidak boleh disalahkan kepada rakyat,” katanya.

Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) selaku pembawa usul dalam Dewan Rakyat dalam penghujahannya berkata kerajaan sebelum itu berhadapan sindrom penafian sejak seminggu lalu.

Namun, akhirnya ia mengejutkan negara dengan penemuan 28 khemah besar berserta 139 kubur yang didakwa beroperasi hampir lima tahun lalu.

Menurutnya, khemah itu dipercayai ditemui sejak November 2014 dan Januari tahun ini.

“Kerajaan harus jawab bagaimana sehingga hari ini tidak tahu kubur dan kem yang beroperasi bertahun.

“Bagaimana boleh melepasi perhatian kerajaan,” soalnya ketika berucap.

Zairil Khir Johari (DAP-Bukit Bendera), beliau percaya kes itu tidak mungkin berlaku tanpa penglibatan pihak tidak bertanggungjawab yang bersekongkol dengan agen pemerdagangan manusia.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika diminta mengulas mengenai cadangan penubuhan suruhanjaya diraja berkata ia terpulang kepada kerajaan dan bukannya kementerian.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.