Categories
SELANGOR

Bantuan pendidikan suntik motivasi pelajar

Oleh: HAFIZAN TAIB

BANDAR BARU BANGI, 20 MEI: Agihan bantuan pendidikan disalurkan Kerajaan Negeri membawa perubahan positif terhadap kemajuan sekolah dan pelajar di daerah Hulu Langat.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ampang, M Murugan berkata, perubahan ketara di sekolah itu adalah keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dicatatkan pelajar tahun lalu meningkat berbanding sebelumnya.

MURUGUN AL MARI“Pelbagai program yang dijalankan seperti kelas tambahan dan motivasi membuahkan hasil apabila keputusan cemerlang diperoleh dalam UPSR.

“Selain itu, kita turut menambahbaik kemudahan infrastruktur sekolah untuk manfaat guru dan pelajar,” katanya kepada Selangor Kini di sini, semalam.

Ketua Guru Kafa Integrasi Irshad Ampang, Suzaimah Amir pula berkata, peruntukan diterima dapat digunakan bagi membaiki kelas dan menambah kemudahan sedia ada untuk memenuhi keperluan pelajar.

“Walaupun dana diterima terhad tetapi banyak membantu bagi memberikan pendidikan lebih baik kepada pelajar. Sekolah juga mampu membaiki segala kerosakan dan lebih kemudahan dapat disediakan,” katanya.

_MG_0320Sementara itu, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK(Cina) Batu 18 Hulu Langat, Tan Yot Teck berkata, masalah dihadapi sekolah diatasi secara berperingkat sejak menerima bantuan Kerajaan Negeri.

“Kita sudah baiki banyak kerosakan dialami seperti pagar, kantin dan tandas. Kini, sekolah alami perubahan lebih baik.

“Kedudukan sekolah hampir dengan sungai dan apabila hujan kerap berlaku banjir. Dengan bantuan ini, pelajar dapat menumpukan perhatian lebih baik kepada pelajaran,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.