Categories
NASIONAL

Bekas Tim Menteri: Ramai ahli parlimen BN tak tinggal di kawasan sendiri

Oleh: NAZLI IBRAHIM

2 MEI: Barisan Nasional (BN) tidak wajar menjadikan jarak antara Kajang dan Permatang Pauh sebagai isu untuk menyerang kemampuan Datuk Seri Dr Wan Azizah berkhidmat di dua kawasan itu.

Hal ini berikutan, kebanyakan Menteri Kabinet BN sendiri tidak menetap di kawasan masing-masing tetapi menetap di Lembah Klang.

_MG_1395 (1)Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sharif Omar berkata, lebih menarik lagi apabila Ahli Parlimen Rompin yang meninggal dunia baru-baru, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, juga menjalankan dua tugas sehingga terpaksa tinggal di New York.

“Arwah ini selain jadi Ahli Parlimen Rompin dia juga bertugas sebagai Duta Malaysia di Amerika. Dia tinggal di New York. Tak pula BN jadikan isu.

“Ini New York Amerika tahu, bukan dekat-dekat tetapi Kak Wan jarak antara Kajang dengan Permatang Pauh pula yang jadi isu,” kata Sharif dalam ceramahnya di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, malam tadi.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pula berkata, BN sepatutnya memikirkan isu penting seperti 1MDB dan bukannya memainkan isu remeh.

“1MDB adalah 1 Malaysia Dalam Bahaya kerana tiba-tiba lebih RM40 bilion duit kita hilang,” kata Boon Poh.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.