Categories
SELANGOR

Beku pengambilan penjawat awam, kerajaan tambah derita rakyat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 8 MEI: Tindakan kerajaan membekukan pengambilan pekerja dalam sektor awam tidak rasional kerana meningkatkan lagi kadar pengangguran di negara ini.

Pelajar, Nazim Izzuddin, 24, berkata kerajaan seharusnya memikirkan kesan tindakan itu yang terpalit kepada rakyat sebelum membuat keputusan.

Nazim Izzuddin“Sebelum ini, rakyat memang sukar mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. Pembekuan ini menambahkan lagi derita rakyat dan akan bertambah penganggur di Malaysia.

“Kerajaan seharusnya fikir untuk membantu rakyat, kini beban semakin bertambah apabila kerja tidak diberi dan pelaksanaan GST diteruskan,” katanya kepada Selangor Kini.

Baru-baru ini, Malaysia Kini melaporkan kerajaan memutuskan mengawal jumlah perjawatan di sektor awam bertujuan penggunaan sumber manusia secara optimum, berkuatkuasa 22 April lalu.

Sementara itu, juruteknik, Mohd Saiful Nizar, 29, berkata dia berharap keputusan itu hanya bersifat sementara.

Gayathri“Tindakan itu menghalang pelajar lepasan universiti dan penganggur lain untuk memasuki sektor awam. Saya berharap kerajaan nilai semua tindakan yang diambil dengan mengambil kira kesan terhadap rakyat,” katanya.

Pegawai tadbir, Gayathri, 35, pula berkata tindakan berkenaan bakal memberi persepsi buruk golongan muda terhadap kerajaan.

“Mereka sudah rasa bebanan dengan pelaksanaan dan kini kerajaan bekukan pengambilan pekerja. Sikap tidak prihatin kerajaan terhadap kesusahan rakyat akan bertambah jika terus membiarkan isu ini berlarutan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.