Categories
NASIONAL

MB: Peratusan keluar mengundi jatuh punca majoriti berkurangan

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 8 MEI: Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh menyusut berbanding PRU-13 menjadi faktor utama kepada kejatuhan majoriti yang dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun majoriti kali ini kurang tetapi masih boleh dianggap kemenangan manis kerana diperoleh ketika berhadapan serangan bertali arus Barisan Nasional (BN).

“Alhamdullilah, saya bersyukur kerana ini kemenangan manis Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Permatang Pauh serta Malaysia yang memberi mesej jelas kepada Putrajaya supaya batalkan GST, pulihkan ekonomi dan tidak menabur fitnah.

azmin fas“Perkembangan cukup positif bagi PKR dan PR bagi memperoleh kemenangan besar dalam PRU-14, Insya-Allah.

“Kita tak boleh lihat segi angka sahaja, tengok juga peratusan keluar mengundi hari ini yang jatuh hampir 10 peratus tetapi kalau melihat undi popular, secara khusus yang diperoleh Kak Wan meningkat termasuk di kawasan majoriti Melayu yang sebelum ini kita tewas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai pemenang PRK Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negaran, di sini, malam tadi.

_MG_9264Katanya, kemenangan itu juga membuktikan rakyat Permatang Pauh memahami hala tuju perjuangan dan dasar PKR dan PR yang diuar-uarkan sepanjang kempen berlangsung.

Dalam PRK semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 8,841 undi.

Dr Wan Azizah memperoleh 30,316 undi berbanding Suhaimi Sabudin daripada BN yang mengutip 21,475 undi, calon bebas 367 undi dan PRM 101 undi.

PRK semalam mencatatkan 74.06 peratus keluar mengundi berbanding PRU-13, 88.33 peratus.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.