Categories
NASIONAL

Dr Wan Azizah dilantik Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR 18 MEI: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh di Dewan Rakyat hari ini pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-13.

Dr Wan Azizah juga memulakan tugas sebagai ketua pembangkang untuk kali kedua hari ini apabila Dewan Rakyat bersidang semula.

Wan AzizahSpeaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan pelantikan itu selepas menerima majlis angkat sumpah beliau dan ahli Parlimen baru dari Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Rompin Datuk Hasan Arifin.

“Dr Wan Azizah mendapat sokongan sebulat suara daripada pembangkang menjadi ketuanya.

“Yang Berhormat Permatang Pauh, selamat datang kembali ke Parlimen dan tahniah atas pelantikan sebagai ketua pembangkang,” kata Pandikar.

PKR mengekalkan penguasaannya di kerusi Permatang Pauh apabila Dr Wan Azizah memenangi pilihan raya kecil di situ pada 7 Mei lalu.

Beliau mengalahkan calon BN Suhaimi Sabudin dengan undi majoriti sebanyak 8,841. Calon BN hanya mendapat 21,475 undi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.