Categories
SELANGOR

FOMCA: Tingkat kapasiti air terawat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 MEI: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan keupayaan loji rawatan air dipertingkatkan supaya penghasilan rizab air terawat bertambah.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pihak berkenaan boleh menaiktaraf keupayaan loji sedia ada mengikut keperluan dan spesifikasi yang diperlukan.

“Kapasiti pengeluaran air terawat perlu dipertingkatkan dan pihak berwajib perlu mengkaji sama ada boleh dilakukan atau tidak dari segi kemampuannya.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3“Ini bagi menambah rizab air selain pembinaan projek loji Langat 2 siap dibina. Jadi, perlu cari alternatif lain bagi mengatasi masalah ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Yusof berkata, loji yang dipertingkatkan kemampuannya boleh berfungsi untuk merawat dan menapis bahan tercemar berat.

“Sebelum ini, banyak kes loji seperti Sungai Langat terpaksa ditutup ekoran pencemaran ammonia berlaku sehingga beberapa kawasan terganggu bekalan.

“Jadi, saya rasa sudah tiba masanya semua loji ini dinaiktaraf, namun dari segi kos mungkin menelan belanja besar,” katanya.

FOMCABeliau juga menggesa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) \mengurangkan kadar pengeluaran air tidak berhasil (NRW) yang masih tinggi.

“Ia perlu dilakukan segera. Kita tidak mahu pengguna menghadapi masalah lagi dan semua pihak perlu mencari penyelesaian segera menangani isu bekalan air terawat ini,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail mendakwa Selangor menghadapi kekurangan bekalan air terawat memandangkan rizab itu berada dalam paras kritikal iaitu kurang daripada lima peratus sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.