Categories
SELANGOR

Iskandar sah bertanding Naib Presiden, tolak jawatan AJK Pusat

Oleh: ` AFIX REDZUAN

PANDAN INDAH, 19 MEI: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan bertanding jawatan Naib Prersiden pada pemilihan Jun ini.

Keputusan itu menyasikan beliau menolak pencalonan bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat selepas mendapat 38 pencalonan untuk jawatan Naib Presiden.

IMG_7507“Selepas berbincang dengan sahabat dan mengambil pandangan kepimpinan, saya mengambil keputusan menolak pencalonan AJK PAS Pusat tetapi menerima Naib Presiden.

“Ia juga sebagai menghormati hasrat atau pencalonan yang diberikan semua kawasan terlibat,” katanya disambut dengan laungan ‘takbir’ penyokong.

Keputusan Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor itu menyaksikan beliau akan bersaing dengan dua penyandang iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS adakan diadakan pada Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor, bermula 4 hingga 6 Jun ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.