Categories
SELANGOR

Gagal siapkan Rumah Selangorku, projek lain dihentikan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 23 MEI: Pemaju perumahan berdepan pemberhentian projek lain jika gagal menyiapkan Rumah Selangorku selain berdepan tindakan tegas Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tindakan itumampu dilaksanakan kerana pemaju terbabit turut mempunyai projek pembangunan lain di Selangor.

jadehill 4“Ada banyak tindakan boleh diambil kerana kebanyakan pemaju ini mempunyai projek lain di Selangor.

“Kita boleh hentikan projek terbabit dan tidak keluarkan kebenaran merancang untuk projek mereka selepas itu,” katanya.

Iskandar berkata demikian kepada Selangor Kini pada Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Mampu Milik Gamuda Land Berhad di Jade Hills, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan tegas itu perlu diambil bagi mengelakkan kejadian rumah terbengkalai seperti yang banyak berlaku ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Katanya, BN Selangor  ketika berkuasa juga mengambil sikap lepas tangan terhadap mutu binaan rumah kos rendah hingga menyebabkan pembeli menanggung kerugian yang teruk.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.