Categories
SELANGOR

Jaga alam sekitar, urus sampah elak penularan kencing tikus

SHAH ALAM 26 MEI: Masyarakat perlu menjaga alam sekitar dan memastikan pengurusan sampah diurus baik bagi mengelakkan virus kencing tikus kerana boleh membawa maut.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pengurusan sampah tidak betul antara punca utama virus itu merebak.

tikus-mati“Virus ini sama bahaya dengan demam denggi. Jika antibodi seseorang itu tidak kuat, ia boleh membawa maut.

“Tetapi, kes kencing tikus tidak seteruk denggi di Selangor. Ia masih boleh dikawal. ” katanya dipetik Sinar Harian.

Bagaimanapun, pihaknya dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang papan tanda khas terutama di kawasan peranginan dan perkelahan supaya pengunjung lebih berhati-hati.

“Virus ini mudah merebak melalui air. Sebab itu, pesakit yang baru pulang dari kawasan perkelahan mudah dijangkiti,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.