Categories
NASIONAL

Kak Wan usahakan naik taraf padang bola Mengkuang Titi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 6 MEI: Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berusaha menaiktaraf padang bola Kampung Mengkuang Titi seperti yang dimohon penduduk.

Permohonan itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Dr Wan Azizah pada perlawanan bola sepak persahabatan antara Pilihan Pulau Pinang Legend dan Pilihan Selangor Legend, semalam.

_MG_5393“Mereka memohon naik taraf padang dan sedikit sumbangan. Saya ambil nota permohonan itu sebab apa yang diminta itu memang selayaknya dan kita boleh usahakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Dr Wan Azizah berkata, hal itu tidak sama seperti amalan BN yang menabur janji pilihan raya tetapi gagal menunaikannya apabila penduduk sendiri menyerahkan permohonan terbabit kepada beliau.

Katanya, aktiviti sukan bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi turut menyemai hubungan baik dalam kalangan masyarakat setempat.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.