Categories
NASIONAL

Kak Wan wanita besi, sederhana tak kira masa

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 5 MEI: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikenali Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kira-kira 40 tahun lalu berjaya mengekalkan jati diri walaupun melalui pelbagai peringkat kehidupan.

Mohamad Sabu berkata, ia dapat dilihat dengan penampilan sederhana Dr Wan Azizah yang kekal sehingga kini walaupun ketika suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.

“Katalah apa saja berkenaan suaminya, dia tetap setia. Suami masuk penjara, dia jaga anak dan didik anak.

Azizah“Bila tengok anak dia, kita rasa tenang walaupun duduk Damansara tetapi semua bertudung dan sopan sebab ibunya, Kak Wan. Bagi saya, dia wanita besi dan solehah.

“Masa dia jadi doktor juga sama. Dia pelajar terbaik universiti bukan macam Ahmad Maslan. Bila Anwar masuk Umno, tetap sederhana tak pula dia buat rambut besar bakul, ‘karenkan’ sampai RM1,200,” katanta.

Beliau berkata, dugaan yang terpaksa ditempuh Dr Wan Azizah membolehkan beliau dianggap wanita besi yang lebih hebat berbanding tokoh politik wanita terkenal dunia seperti Hillary Clinton dan Corazon Aquino.

Katanya, pengundi Permatang Pauh tidak wajar menolak wanita yang memiliki keperibadian, penampilan dan semangat juang seperti Dr Wan Azizah.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.