Categories
NASIONAL

Letak polis & peronda di lokasi popular lumba haram

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 MEI: Kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dengan menempatkan polis trafik dan pasukan peronda sepanjang jalan utama dan lebuh raya bagi memantau pemandu yang berlumba secara haram serta mengundang risiko kemalangan.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, penambahan hukuman kepada pesalah tidak mencukupi dan polis juga tidak perlu dibebankan dengan tugasan politik.

“Saya melihat itu adalah isu sangat padat dan memberikan implikasi besar. Ia perlu ditangani dengan pelbagai cara termasuk masalah sosial. Perlumbaan haram itu berlaku secara berterusan sama ada di lebuh raya atau jalan biasa.

duke1“Polis jangan dibebankan dengan tugasan politik sebaliknya meningkatkan pemantauan di lebuh raya dan lokasi popular perlumbaan.

“Penguatkuasa perlu mengambil tindakan serta-merta jika terdapat aktiviti lumba haram,” katanya ketika diminta mengulas kejadian kemalangan di Lebuhraya Duke, pada 2 Mei lalu.

Beliau turut menyarankan semua pihak mengambil tanggungjawab menasihatkan golongan terdekat seperti ahli keluarga dan rakan supaya menjauhi gejala yang membahayakan orang awam itu.

tian chua pc pkr 01Katanya, kerajaan juga perlu memberi lebih banyak ruang penganjuran aktiviti permotoran secara selamat.

Tian Chua turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa memandangkan mereka adalah pengundi di kawasan beliau.

Beliau turut memaklumkan akan melawat dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa selepas selesai tugasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Dalam kejadian itu, tiga sekeluarga maut di tempat kejadian selepas Pajero yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Myvi sebelum terbalik.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.