Categories
SELANGOR

Lepasan Inpens mampu penuhi pasaran kerja

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 17 MEI: Inpens International College (Inpens) berkeupayaan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi pasaran kerja diperlukan.

Ketua Eksekutif Inpens, Rosli Ibrahim, berkata permintaan tinggi bagi mengikuti kursus di kolej membuktikan pengalaman lebih 20 tahun beroperasi mendapat kepercayaan pelbagai pihak dan orang ramai di negeri ini.

MB INPENS 02Katanya, bagi kemajuan kolej pihaknya mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri bagi memperbesarkan operasinya termasuk cadangan membuka cawangan Inpens di kawasan lain.

“Ia bagi memenuhi permintaan tinggi diterima daripada seluruh Selangor. Respon daripada Kerajaan Negeri amat baik dan kita menunggu persetujuan serta kelulusan untuk itu.

“Kampus induk di Kuala Selangor hanya mampu menampung 1,000 hingga 1,200 pelajar dan ia terhad termasuk menjalankan pelbagai kurus kemahiran untuk pelajar,” katanya kepada SelangorKini.

Rosli berkata, Inpens menjadi tumpuan lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang berminat mengikuti kursus kemahiran disediakan.

Kursus itu seperti Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Motosikal, Juruteknik Automotif, Juruteknik Kenderaan Motor dan Juruteknik Elektronik Industri Peralatan.

mahasiswa konvokesyen INPENS perempuan anak muda 02Katanya, pelajar lepasan PMR boleh melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas itu dan ia memendekkan tempoh pembelajaran di kolej berkenaan.

“Inpens menerima permintaan daripada pelbagai syarikat bagi mendapatkan lepasan pelajar kolej ini. Ini perkembangan baik bagi kemajuan Inpens.

“Selebihnya ramai di antara mereka yang tamat kurus, melanjutkan pelajaran dan sebahagiannya menjalankan perniagaan sendiri,” katanya.

Setiap tahun, seramai lebih kurang 400 hingga 500 pelajar menamatkan pengajian di Inpens dalam pelbagai bidang kursus.

Inpens adalah kolej kemahiran di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang menggabungkan kursus pengajian akademik dan praktikal.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang : www.inpens.edu.my atau hubungi 03 – 3281 2619.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.