Categories
SELANGOR

LZS: Nasib ibu tunggal 5 anak bakal terbela

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 MEI: Nasib malang seorang ibu yang terpaksa membesarkan lima anaknya dengan hanya bergantung hidup kepada ihsan jiran mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Pengurus Besar Komunikasi Korporat LZS, Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, pihaknya akan turun padang membuat siasatan bagi melihat bentuk bantuan yang dapat diberikan.

“Kita juga boleh memberi bantuan kecemasan terlebih dahulu. Bancian akan dilakukan melalui keperluan ‘Haddul Kifayah’ bertujuan menyemak semula kadar keperluan asasi terutama anak penerima bantuan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Logo Lembaga Zakat SelangorBeliau merujuk kepada kisah Sofia Abdullah, 39, bersama lima anaknya yang tinggal di rumah kosong dilelong bank di pangsapuri kos rendah di Puchong Perdana.

Difahamkan, semua anaknya tidak bersekolah dan tiga daripadanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, manakala dia yang memasuki Islam sebelum berkahwin tidak mempunyai sijil nikah.

Norajun turut menggalakkan orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada LZS supaya bantuan diberikan segera.

LZSKatanya, maklumat boleh disalurkan secara terus ke 26 cawangan seluruh negeri melalui talian telefon dan laman sosial Facebook LZS.

“Kita juga mempunyai perisian apps android dan apple store melalui e-zakat. Orang ramai boleh menghantar gambar dan butiran lengkap secara terus kepada kami,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini LZS menerima maklum balas baik daripada masyarakat dalam membantu menyalurkan maklumat.

Sebelum ini, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi memaklumkan kadar baru bagi Skim Bantuan Am sedang diteliti Kerajaan Negeri.

Ia bagi meningkatkan bantuan am khas daripada Kerajaan Negeri bertujuan membasmi kemiskinan secara total dan efektif.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.