Categories
SELANGOR

Masalah setempat, warga Shah Alam boleh jumpa pengurusan MBSA 29 Mei

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat, pada 29 Mei ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti, Shahrin Ahmad berkata, program itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai bersemuka dan bertemu pengurusan atasan MBSA.

MBSA“Program ini peluang kepada warga Shah Alam membincangkan permasalahan dan menyalurkan aduan di kawasan pentadbiran MBSA”

“Orang ramai juga boleh mendapatkan khidmat semakan dan pembayaran cukai taksiran, pembayaran kompaun dan semakan aduan ubah suai premis,” katanya dalam kenyataan media.

Shahrin berkata, program itu bertempat di Dewan Bankuet, Wisma MBSA dan akan bermula jam 9.30 hingga 11.30 pagi.

“Program ini juga memberi peluang untuk MBSA mempertingkatkan sistem penyampaian komuniti setempat.

“Antara yang terlibat adalah Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Bangunan, Jabatan Pengurusan Hasil dan Pelaburan, Jabatan Perancangan serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam,” katanya.

Sebarang pertanyaa boleh hubungi urusetia Hari Bertemu Pelanggan di talian 03-55105133 sambungan 1251,1433,1358,1250, 1507 dan 1373.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.