Categories
SELANGOR

Masjid jantung pembangunan Selangor, program ilmu diperhebat

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 MEI : Kerajaan Selangor mahu menjadikan masjid di seluruh negeri itu sebagai jantung pembangunan melalui penganjuran program ilmu bagi tujuan imarah.

Exco Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata ia bagi menjamin masyarakat dibekalkan dengan pengisian ilmu berbentuk kebaikan.

Sultan Rasmi Masjid di Pekan Jeram (8)Katanya, ia juga selaras dengan hasrat menjadikan masjid di Selangor sebagai pusat transformasi masyarakat.

“Kita tidak mahu gambarkan masjid ini untuk tujuan ibadah sahaja, sebaliknya turut diadakan majlis ilmu berkaitan agama bagi kepentingan masyarakat.

“Pengisian yang perlu masyarakat sedar adalah masjid tempat turunnya rahmat Allah SWT dan kita bawa keberkatan itu untuk kebaikan di akhirat,” katanya kepada Selangor Kini.

Ahmad Yunus berkata usaha itu diperhebatkan melalui pelaksanaan program Kampungku Kesayanganku yang menjadikan masjid sebagai tumpuan.

Katanya program ini diteruskan bagi pembangunan masyarakat Islam supaya ia dapat dilakukan secara optimum.

“Sejak 2008 lagi Pakatan Rakyat (PR) mementingkan pembangunan sosial masjid untuk pembangunan masyarakat.

“Bukan hendak berbangga tetapi kita tidak boleh menafikan masjid kini bertambah imarah ditambah dengan penglibatan masyarakat,” katanya.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam semakin imarah dengan pelbagai majlis keilmuan sejak PR mentadbir Selangor pada 2008.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata ia berbeza semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) apabila masjid di Selangor ditadbir mengikut kepentingan politik Umno.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.