Categories
NASIONAL

KM: Permatang Pauh dimajukan pelbagai projek kemudahan rakyat

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 4 MEI: Kerajaan Pulau Pinang menjalankan pembangunan berterusan di negeri itu termasuk memajukan kawasan Permatang Pauh dengan pelbagai projek kemudahan rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata pembangunan terbaharu adalah sebuah dewan termoden di Seberang Jaya, di sini.

Jom Balik Undi“Dewan dibina itu tercantik dan termoden disiapkan dikenali Seberang Perai Arena atau SPA dengan kos RM11 juta.

“Kita sekarang sudah meluluskan tapak cadangan dan merancang membina sebuah pasar moden di kawasan sama dengan kos lebih RM10 juta,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga membina dewan Permatang Pasir di kawasan seluas 4.3 ekar dengan kos keseluruhan RM4.8 juta.

“Kawasan seluas 2.2 ekar selesai diambil pada Januari 2013 dengan kos RM1.9 juta manakala pengambilan tambahan pada Jun tahun ini di kawasan seluas 2.1 ekar dengan kos RM2.8 juta.

“Selain itu projek pembinaan jalan raya juga diadakan di Permatang Pauh di bawah Majlis Perbandaran Seberang Perai dengan jumlah RM24.6 juta dari 2008 hingga kini selain projek Jabatan Parit dan Saliran Pulau Pinang RM5.8 juta (2008 hingga kini),” katanya.

Katanya, kerajaan Negeri turut membelanjakan RM8.2 juta menerusi Program Emas iaitu anak emas, warga emas, pelajar emas, wang khairat serta mahasiswa yang terpilih ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.