Categories
SELANGOR

MB: Demokrasi ala Malaysia, tanya pun salah

Oleh: NAEEM RAFFI

PETALING JAYA, 22 MEI: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berlapang dada dengan tuntutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merekodkan keterangan berhubung dakwaan beliau menggelar Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai ‘barua’.

Beliau berkata, kesediaan itu bersandarkan kepada keyakinannya yang tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya hanya melontarkan persoalan.

Azmin-Ali-igp“Terpulang kepada PDRM, saya tidak melabel sebaliknya hanya melontarkan soalan kepada Khalid.

“Demokrasi ala Malaysia ini, tanya pun tak boleh. Terserah, pada saya lawan tetap lawan,” katanya ketika ditemui Selangor Kini selapas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang berhasrat merekodkan keterangan beliau berhubung ceramahnya ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, baru-baru ini.

Abdul Rahim Hanafi dilaporkan berkata, kertas siasatan kes itu akan dilengkapkan dalam tempoh terdekat selepas merekodkan kenyataan Timbalan Presiden PKR itu.

Mohamed Azmin sebelum ini diberi tempoh seminggu bermula 7 Mei lalu mengemukakan permohonan maaf dan pihak polis akan membuka kertas siasatan serta tindakan lanjut akan diambil jika beliau gagal berbuat demikian.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.