Categories
SELANGOR

MB: Empat matlamat utama AGENDA lindungi kepentingan rakyat

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 MEI: Agenda Makmur Selangor (Agenda) yang dilancarkan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, hari ini menetapkan empat matlamat utama dalam proses pelaksanaannya.

Empat matlamat itu adalah menjana hasil tinggi untuk negeri, memastikan pertumbuhan lestari dan keadilan dalam pengagihan, menjamin kehidupan berkualiti untuk rakyat serta mencipta pekerjaan bernilai tinggi.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (ASRI)Mohamed Azmin berkata, ekoran itu pemikiran pengurusan syarikat milik negeri memerlukan anjakan paradigma kerana Selangor menyumbang besar kepada keuntungan dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.

Katanya, keuntungan dalam kerangka keadilan sosial adalah tonggak kepada falsafah Negeri Pembangunan.

“Syarikat milik negeri perlu melabur secara berhemah menurut amalan terbaik industri berpandu kepada analisis faedah kos dan pengurusan risiko.

“Justeru itu, setiap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) perlu melunaskan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah dan berintegriti supaya syarikat memberikan pulangan yang tinggi kepada negeri.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (2)“Pelaburan syarikat swasta hanya berorientasikan keuntungan dan ia berbeza dengan syarikat milik negeri yang berpaksikan prinsip menjamin keuntungan demi tujuan keadilan sosial.

“Hal ini adalah kerana pemegang saham dan pihak berkepentingan syarikat ini adalah seluruh rakyat Selangor,” jelasnya dalam ucaptama perasmian Agenda dan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG), di sini.

Katanya, anak syarikat negeri juga perlu mengemudi teknologi baru dalam mencipta jaringan perhubungan dengan negara serantau dan terlibat secara aktif dalam bidang e-perdagangan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.