Categories
NASIONAL

MB: GST penyebab inflasi meningkat 2% & harga barang naik

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA SELANGOR, 11 MEI : Berdasarkan kajian Institut Penyeledikan Ekonomi Malaysia, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) memberi kesan kenaikan inflasi sebanyak dua peratus sebaik sahaja ia berkuatkuasa pada 1 April lalu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata harga barang turut mencatatkan peningkatan meskipun Kerajaan Persekutuan memberi jaminan GST boleh menurunkan harga barang.

MB Hijrah“Walaupun ada menteri kata GST bagus, boleh turunkan harga barang kerana dia memberi pandangan sebagai menteri paling cerdik di dunia dengan CGPA 3.80, mana mungkin ia berlaku.

“Sedangkan badan penyelidikan ekonomi yang terkenal sendiri sudah keluarkan laporan bahawa GST akan memberi kesan inflasi dan menaikkan harga barang.

“Apakah benar harga barang semakin turun? Harga ikan? Ayam? Sayur?” soalnya sambil disambut “tidak” oleh lebih 2,000 hadirin pada Majlis Penyerahan Cek Pembiayaan Fasa Kedua Hijrah Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, semalam.

Mohamed Azmin berkata jika harga barangan semakin naik, ia membebankan rakyat terutama mereka berpendapatan rendah dan sederhana.

Katanya ia terbukti apabila kira-kira 80 peratus rakyat kini terpaksa membayar cukai sedangkan mereka tidak perlu membayarnya sebelum ini kerana mempunyai pendapatan rendah.

“Sebelum 1 April, hanya 20 peratus daripada kelompok bekerja membayar cukai sedangkan 80 peratus daripada pekerja tidak membayar cukai kerana pendapatan mereka kecil.

“Tetapi hari ini pelaksanaan GST tidak kira yang bekerja atau tidak, yang bayi atau tua, yang kerja atau pencen, semua kena bayar cukai GST.

“Ia tidak adil kepada rakyat dan kita perlu bantah GST kerana ia tidak memberi manfaat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.