Categories
SELANGOR

MB: Kejayaan urus Selangor cerminan pentadbiran Pakatan bersih & telus

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEBERANG JAYA, 1 MEI: Pentadbiran bersih dan telus dipraktikkan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, adalah cerminan kepada rakyat Permatang Pauh supaya memenangkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya kecil, 7 Mei ini.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata kejayaan Presiden PKR itu penting supaya suara rakyat dapat dibawa dan didengari di Dewan Rakyat.

suk pakatan selangor“Pentadbiran Kerajaan Negeri menyebabkan kedudukan ekonomi menjadi kukuh dengan tiga bulan pertama tahun ini mencatatkan peningkatan rezab dan pendapatan Selangor sebanyak RM300 juta manakala jumlah keseluruhan setakat ini RM3.5 bilion.

“Kerana pentadbiran bersih, tidak rasuah dan telus, akhirnya rezab besar ini dapat kita pulangkan kepada rakyat dalam bentuk program dan kebajikan.

“Kalau ini dilaksanakan di Putrajaya, kita percaya rakyat keseluruhan mendapat manfaatnya,” katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau berkata, kehadirannya dan pimpinan daripada Selangor di sini adalah untuk berkongsi kejayaan dicapai dalam pentadbiran negeri.

“Sekiranya pengurusan ekonomi itu baik dan telus, pimpinan tidak rasuah, tidak salah guna kuasa maka ia akan memberi kesan positif kepada rakyat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.