Categories
SELANGOR

MB: Reformasi sistem pendidikan, beri ruang bidang teknikal & profesional

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 23 MEI: Selangor memulakan kerjasama dengan Human Resource Development Center (SHRDC) dalam usaha mempelopori latihan kepakaran dan kemahiran tinggi walaupun ia di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kesungguhan Selangor menongkah arus mereformasi sistem pendidikan itu ekoran permintaan industri yang memerlukan tenaga kerja berinovasi dan berkemahiran tinggi.

yayasan 3“Sistem pendidikan negara perlu menjalani proses reformasi supaya tidak hanya tertumpu kepada akademik sahaja sebaliknya turut melibatkan bidang teknikal, vokasional dan profesional.

“Saya percaya, Selangor mampu mengeluarkan produk berdaya saing melalui kerjasama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor 2014 di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ismail Idris dan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

SHRDC berperanan memberi latihan teknikal dan vokasional kepada anak tempatan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berinovasi dan berteknologi tinggi.

mb yayasan selangorMohamed Azmin mengambil contoh kejayaan Jerman sebagai negara industri paling hebat di dunia dengan memberi penumpuan khusus dalam bidang teknikal dan profesional.

“Sebahagian besar daripada peruntukan sektor pendidikan Jerman tertumpu kepada bidang teknikal dan profesional. Usaha ini menjadi teras kepada kejayaan perindustriannya.

“Cabaran ekonomi semakin getir untuk menjadikan Selangor kekal negeri termaju dan terus menjadi penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Kita perlu mengeluarkan produk baru (modal insan) berketerampilan dan berkemahiran tinggi,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 196 pelajar cemerlang tajaan Yayasan Selangor menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan di atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.