Categories
NASIONAL

Rafizi: ‘Sibuk’ rancang 5 tahun akan datang, mana peruntukan BN?

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli secara sinis membidas kerajaan yang lebih menumpukan perancangan lima tahun akan datang berbanding melihat kegagalan lalu.

Katanya, kerajaan harus menumpukan usaha menjayakan sasaran yang gagal dipenuhi pada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) sebelum melaksanakan RMK-11.

rafiziBeliau berkata, lebih berminat untuk mengetahui bagaimana RMK-11 dilaksanakan kerana kerajaan tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk menepati segala yang dijanjikan.

“Ia akan menjadi satu masalah apabila kerajaan terlalu berusaha memenuhi sasaran RMK-11 berbanding memenuhi sasaran RMK-10.

“Saya sebaliknya lebih tertarik untuk melihat bagaimana kerajaan penuhi rancangan ini dalam keadaan tidak mempunyai wang dan tidak boleh berhutang lagi,” katanyadi Lobi Parlimen, hari ini.

undi-bn-endPada masa sama, beliau menyifatkan RMK-11 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pembentangan yang tidak serius.

“Banyak yang kita dengar. Sasaran demi sasaran sudah dibentang kerajaan yang sama seperti pengumuman kita dengar setiap bulan.

“Tetapi realitinya sangat berbeza. Bila saya semak semula, dapat dilihat kerajaan mempunyai rekod buruk dari segi memenuhi sasaran yang diletakkan dalam perancangan mereka,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.