Categories
SELANGOR

MBSA anjur keseniaan & kebudayaan WARNA 16 Mei

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 MEI: Orang ramai dijemput memeriahkan program kesenian dan kebudayaan bertema ‘Warna’ siri keempat pada 16 Mei (Sabtu) ini.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, program bertempat di Laman Seni 7 itu bermula 2 hingga 7 petang.

“Kita mengetengahkan konsep berhibur dengan melibatkan pelbagai aktiviti seni.

“Para pengunjung juga berpeluang menikmati suasana indah lukisan mural di sekeliling Laman Seni 7,” katanya dalam kenyataan media.

Selain itu, Shahrin berkata, terdapat juga bazar seni seperti pameran karya seni anak muda, lukisan, barangan ciptaan dan jualan barangan daripada vendor ‘online’.

Aktiviti persembahan juga diadakan antaranya persembahan seni dan kebudayaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor (JKKNS), persembahan kumpulan akustik dari Nada Akustika dan pertunjukan teater.

“Selain mempromosi Laman Seni 7, program ini juga memberikan aktiviti hiburan kepada pengunjung menikmati hiburan tempatan di bandar raya Shah Alam,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung Program Laman Seni 7 ini, orang ramai boleh hubungi hubungi Pegawai Kebudayaan MBSA, Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-350 7888.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.