Categories
NASIONAL

Permatang Pauh bukti fitnah BN gagal

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 8 MEI: Kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan usaha memfitnah pasangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkesan.

Dr Wan Azizah berkata, selain itu usaha memecah-belahkan PR dengan pelbagai isu dan tohmahan berhubung prestasi beliau sebagai Adun Kajang juga gagal membantu BN untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kali ini.

_MG_9495“Walaupun saya, Saudara Anwar dan PKR difitnah melalui media arus perdana setiap hari dan mereka berusaha sedaya upaya memburukkan prestasi saya di Kajang tetapi gagal.

“Mereka juga berusaha bersungguh-sungguh memecah-belahkan kesatuan kita dengan pelbagai isu, namun ternyata segala tohmahan mereka tidak berkesan,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, beliau akan berusaha menaangani permasalahan yang dibangkitkan rakyat sepanjang PRK kali ini.

“Kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah membuat pengumuman untuk membantu di Permatang Pauh,” katanya.

bendera 5Mengulas perjalanan PRK kali ini, Dr Wan Azizah mengucapkan terima kasih kepada pegawai SPR dan polis yang bertugas untuk memastikannya berjalan lancar.

Malam tadi, SPR mengumumkan Dr Wan Azizah menang dalam PRK Permatang Pauh menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 8,841 undi.

Dr Wan Azizah memperoleh 30,316 undi berbanding Suhaimi Shabudin daripada BN yang mengutip 21,475 undi, calon bebas 367 undi dan PRM 101 undi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.