Categories
NASIONAL

PKR: Polis tak perlu bangkit isu ‘barua’ jika profesional

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu membuang masa untuk menyiasat isu ‘barua’ yang dipersoalkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Pengarah Strategik PKR, Sim Tze Tzin berkata, adalah lebih baik pihak polis menumpukan masa dalam menangani isu jenayah.

Azmin-Ali-igpBeliau berpendapat,  persoalan dikeluarkan Mohamed Azmin bukan isu besar, bahkan’remeh temeh’ yang sengaja diperbesarkan sesetengah pihak.

“Saya menyeru PDRM jangan membazir masa menyiasat isu remeh-temeh ini kerana kenyataan itu hanya persoalan saja. Lebih baik, polis tumpukan perhatian dalam isu jenayah lain,” katanya kepada Selangor Kini.

Tze Zin berkata, kenyataan persoalan yang dibangkitkan itu tidak timbul jika polis bersikap profesional.

Sim Tze Tzin“Malah, ia tidak perlu ditimbulkan menjadi kes besar. Polis perlu lebih profesional jika tidak mahu sesiapa menimbulkan persoalan,” katanya.

Hari ini, Polis Pulau Pinang akan merekodkan keterangan Mohamed Azmin dan beberapa lagi individu bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kes menggelar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan perkataan tidak elok.

Mohamed Azmin didakwa mempersoalkan Khalid sebagai ‘barua Umno’ dalam ceramah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, di Kubang Ulu, Pulau Pinang, baru-baru ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.