Categories
SELANGOR

RM2.8 juta tingkat kemahiran golongan wanita

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 MEI: Sebanyak RM2.8 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam usaha memberdayakan wanita bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan latihan kemahiran.

Exco Hal Ehwal Wanita, Kesihatan dan Kebajikan, Dr Daroyah Alwi berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM30,000 diberikan kepada setiap Pusat Wanita Berdaya (PWB).

_MG_9722Katanya, seramai 300,000 wanita disasarkan terbabit dalam program Agenda Pemerdayaan itu.

“Antara fokus modul pemberdayaan pada tahun ini adalah kefahaman gender, ekonomi hawa, latihan dan kemahiran serta kesihatan dan keselamatan keluarga,” katanya kepada pemberita di Majlis Penyampaian Watikah Penyelia PWB dan pelancaran logo baru PWB, di SUK, di sini.

Katanya, PWB adalah merupakan platform golongan wanita untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang perniagaan.

Pusat Wanita BerdayaDalam program itu, seramai 56 penyelia PWB dilantik mewakili suara wanita di setiap DUN.

Beliau juga mahu penyelia PWB menjalankan peranan dan tanggungjawab dengan baik.

Setakat ini, setiap PWB menjalankan bengkel menjahit baju dan langsir serta bengkel masakan termasuk membuat kek, biskut dan kuih muih.

Tidak ketinggalan bengkel kraftangan yang dijual dan dipromosikan sebagai hasil PWB bagi menjana pendapatan wanita di PWB itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.