Categories
SELANGOR

Bantuan pendidikan tingkat keselesaan pelajar

Oleh: HAFIZAN TAIB

BANDAR BARU SELAYANG, 12 MEI: Bantuan pendidikan disalurkan Kerajaan Negeri memberi manfaat dan banyak membantu ke arah penambahbaikan kemudahan dan pendidikan di sekolah.

Pengetua Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak, Norma Mohamad, berkata bantuan terbabit yang diterima sejak enam tahun lalu meringankan bebanan ditanggung sekolah itu yang bertaraf swasta.

interview melay“Memang sekolah ini menghadapi kekangan kewangan maka bantuan diberi banyak membantu bagi menambahbaik infrasruktur seperti pusat sumber dan makmal sekolah.

“Peruntukan diperoleh ini memberi kesan positif ke arah kemajuan pendidikan,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau ditemui selepas majlis Agihan Bantuan Pendidikan Selangor 2015 peringkat Gombak di sini, hari ini.

Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan RM1.045 juta kepada 49 sekolah Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJK(C)) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJK(T)) di daerah berkenaan.

interview indiaYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK (T) Batu Arang, Rawang, M Chandrasegar, berkata peruntukan itu boleh digunakan sekolah bagi menampung kekurangan seperti pusat rujukan pelajar dan sebagainya.

“Ia banyak membantu sekolah bagi meningkatkan kemudahan asas di sekolah demi keperluan pelajar yang mendesak saban tahun,” katanya.

interview chinesNaib Pengerusi PIBG SJK(C), Lokh Kim Cheng, juga sependapat bantuan Kerajaan Negeri membolehkan pihak sekolah merancang pembangunan lebih baik dari segi infrastruktur dan yang lain.

“Dengan kemudahan infrastruktur yang baik mampu memberi motivasi tambahan kepada pelajar untuk berusaha gigih mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.