Categories
NASIONAL

SPR patut siasat kenyataan Ismail Sabri isu peruntukan

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 2 MEI: Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai peruntukan tidak disalurkan andai parti itu menang di Permatang Pauh, 7 Mei ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata ia menyalahi Akta Pilihanraya 1954 dan meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Nurul Izzah“SPR digesa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin apatah lagi menteri yang mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan akta pilihan raya,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Nurul Izzah merujuk kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu bahawa sebarang projek pertanian tidak diluluskan sekiranya PR memenangi pilihan raya kecil itu.

“Malah sekiranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ingin melobinya, beliau juga tidak dipertimbangkan.

“Ia sesuatu yang tidak boleh diterima dan rakyat Permatang Pauh wajar membidas kenyataan dibuat ini,” katanya.

Nurul Izzah menyeru pengundi Permatang Pauh menolak politik ugutan sebegitu.

Katanya, ia jelas layanan berbeza diterima pemimpin PR dan aktivis NGO apabila seramai hampir 60 orang ditangkap apabila menyertai demonstrasi anti-GST di Kuala Lumpur, semalam.

“Ini bertentangan dengan layanan diberikan kepada Ismail Sabri ketika beliau mengeluarkan kata berbentuk hasutan mengenai peniaga Cina dalam isu harga barang.

“Ia juga tidak terkecuali abang Ketua Polis Negara,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.