Categories
NASIONAL

Netizen terharu lihat suasana bahagia keluarga Anwar Ibrahim

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 19 MEI: Netizen di laman media sosial terharu apabila melihat suasana bahagia Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama keluarga semalam.

Beberapa foto Anwar berbuka puasa dan menunaikan solat jemaah bersama keluarga dikongsi anaknya, Nurul Izzah dan Nurul Nuha di akaun instagram masing-masing.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, semalam adalah saat paling membahagiakan apabila kesemua ahli keluarga berkumpul serta dapat berbuka puasa bersama bapa mereka.

“Keluarga amat penting, biarpun berkumpul dikelilingi ‘penjara’ yang disebut rumah,” tulisnya.

Perkongsian gambar di media sosial itu menerima reaksi daripada netizen termasuk selebriti tempatan iaitu Daphne Iking dan pelawak terkenal, Jep Sepah.

Daphne dalam ruangan komennya berkata, suasana berbuka puasa itu sangat meriah dan masing-masing jelas terpancar rasa bahagia.

“Selamat menunaikan ibadah puasa buat YB (Nurul Izzah),” tulis Daphne.

Sementara itu Jep Sepah pula mendoakan semoga keluarga Anwar Ibrahim sentiasa dibawah redup rahmat ALLAH SWT.

Salah seorang netizen berkata, beliau masih mengingati peristiwa pada tahun 1998 dan pada masa itu masih bergelar mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM).

“Pada waktu itu saya hanya mengharapkan keajaiban akan membantu Anwar dan keluarga, 20 tahun bukan masa yang singkat, semoga keluarga ini kekal bahagia,” katanya.

=EZY=

 

Categories
NASIONAL

Kini era kerajaan takut rakyat, bukan rakyat takut kerajaan

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 16 MEI: Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan perubahan mentaliti rakyat, negara ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, hal itu disebabkan kesedaran bahawa kuasa rakyat mampu menumbangkan rejim Barisan Nasional (BN), pada PRU14 lalu.

“Hari ini, sudah tiba era kerajaan takut rakyat bukannya rakyat takut kerajaan lagi,” katanya pada Himpunan Merdeka Rakyat, di Padang Timur, di sini, hari ini.

Beliau berkata, keputusan PRU14 lalu membuktikan tiada mana-mana kerajaan kleptokrasi boleh bertahan selama-lamanya jika ditekan rakyat.

Katanya, kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 bertambah manis apabila Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendapat pengampunan penuh diraja yang membolehkan beliau dibebaskan tanpa syarat.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Izzah: Najib tak tahu bezakan politik dan urus tadbir telus

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kesal dengan keengganan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi menyelia pengangkutan awam darat.

Katanya, cadangan penubuhan jawatankuasa itu bagi memastikan pelaburan dalam pengangkutan awam seiring dengan perkembangan ekonomi.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengelirukan rakyat apabila beliau menyeru Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) tidak dipolitikkan.

izzah“Beliau (Najib) tidak tahu membezakan kepentingan politik sendiri daripada urus tadbir telus. Tuntasnya, Kerajaan Najib tidak komited dalam menambah baik pengangkutan awam berdasarkan harapan rakyat secara terbuka dan telus,” katanya dalam satu sidang media di Lobi Parlimen, hari ini

Katanya, cadangan itu ditolak atas dakwaan pemisahan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman akan menjamin pembangunan pengangkutan awam tidak dianiaya.

Ia kerana penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertujuan menambah baik pengangkutan awam dan mempunyai fungsi penyiasatan.

Nurul Izzah berkata, pengasingan kuasa yang diungkapkan hanya pada nama sahaja, namun SPAD tidak bebas dan bersifat bias.

Selain itu, beliau berkata, agak janggal untuk mencapai ketelusan apabila pihak lantikan Kerajaan Persekutuan sendiri menyiasat projek yang dikendalikan kerajaan.

Sebagai contoh, katanya, pembangkang pernah membangkitkan soal kos pembinaan Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) yang meningkat kepada RM53 bilion pada 2016 sedangkan peruntukkan asal adalah RM40 bilion, pada 2009.

“Persoalannya apa yang kerajaan mahu sembunyikan daripada rakyat berkenaan perbelanjaan MRT? Kami bimbang wujud ketirisan dan minta ketelusan dalam pengurusan dana negara kerana ia hasil daripada cukai rakyat bawahan,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Izzah: Shahrir Samad hanya ‘penenang’ kemarahan peneroka FELDA

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 JAN: Lantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi FELDA hanya menjadi penenang kemarahan peneroka yang mahukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, reformasi FELDA secara struktural perlu dilaksanakan segera dengan menekankan integiriti dan ketelusan sebagai asas perubahan yang baik.

“Namun, apa yang pasti, saya masih menitipkan kesangsian ke atas cara lama perdana menteri melantik seorang ahli politik ketika FELDA memerlukan seorang pakar dalam merawat krisis ini.

“Justeru, jika beliau tidak proaktif dan berdedikasi memimpin FELDA, maka saya mendesak Tan Sri Shahrir meletakkan jawatan itu demi kepentingan peneroka dan masa hadapan FELDA,” katanya dalam kenyataan.

izzahIzzah turut mendesak supaya sebuah blueprint buat dikeluarkan FELDA dalam penstrukturan semula di bawah pengerusi baru bagi memacu dasar-warsanya.

Katanya, laporan itu perlu dibentangkan menteri pada sidang Parlimen akan datang supaya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap pengurusan FELDA.

“FELDA perlu memecat mereka yang mempunyai salah laku bagi memulihkan ketelusan organisasi daripada pihak yang tiada integriti.

“Saya masih mempersoalkan kedudukan Tan Sri Isa Samad yang masih berada dalam FGV, walhal beliau gagal dalam mengurus FELDA sehingga membabitkan kerugian pada skala besar. Apakah kesinambungan FELDA mengekalkan orang politik berpangkat yang gagal?,” soalnya.

Beliau mahu setiap perjanjian, pelaburan dan pembelian aset perlu dikaji semula supaya pelaburan serta pembelian itu dapat memberi nilai keuntungan kepada FELDA juga peneroka.

Pada masa sama, Izzah menyifatkan penangkapan pegawai baru-baru ini bukan satu permulaan yang baik tatkala FELDA bergelut dengan isu ketirisan dana dan pengurusan yang tidak stabil.

“Pengerusi, Tan Sri Shahir seawal pelantikannya sendiri mengakui bahawa institusi awam milik peneroka FELDA berhadapan dengan masalah ketirisan yang agak membimbangkan.

“Maka, saya turut bimbang akan nasib dan cabaran yang terpaksa diterima peneroka yang juga terpaut rugi dalam kes penyelewengan wang rakyat ini,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Izzah: Zahid seakan relakan penipuan demi menang pilihan raya

SHAH ALAM, 23 JAN: KEADILAN kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Umno belajar daripada kejayaan Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri, India Narendra Modi.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu dilihat hanya akan merelakan kemenangan pilihan raya melalui cara yang tidak wajar.

“Saya rasa agak mengecewakan jika mana-mana pemimpin di Malaysia ini boleh merelakan penipuan semata-mata untuk menang dalam pilihan raya,” katanya selepas membuat lawatan mangsa buli di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini.

izzahMemetik MalaysiaKini, Izzah menasihati Ahmad Zahid agar menjadi pemimpin yang berpegang kepada amanah dan tidak memenangi hati rakyat melalui penipuan.

“Jadi, saya nasihatkan Datuk Seri Zahid sebagai pemimpin pegang amanah, tak perlulah kita mengguna pakai penipuan untuk memenangi hati rakyat,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid mahu Umno belajar daripada kejayaan Trump dan Modi dalam mempengaruhi persepsi umum melalui media sosial.

Berucap di hadapan kira-kira 2,000 anggota wanita Umno di PWTC, naib presiden Umno itu berkata, dua tokoh terbabit pada awalnya tidak popular tetapi akhirnya berjaya membawa parti mereka memenangi pilihan raya.

“Ini hakikat – walaupun berat – kita harap apa kita buat ini belajar daripada pengalaman yang dulunya tak digemari tapi kini jadi pemimpin utama,” katanya.

Ahmad Zahid turut menyamakan Parti Bharatiya Janata (BJP) diketuai Modi yang menentang Parti Kongres Kebangsaan India dengan Umno dan berkata mereka berjaya membentuk kerajaan di India kerana strategi komunikasi yang berkesan di media sosial.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Izzah: Tunduk kuasa asing, pendirian Putrajaya dipersoal

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Pendirian Kerajaan Malaysia secara konsisten untuk mempertahankan kedaulatan negara khususnya di kawasan perairan negara dipersoal Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata, Kerajaan Malaysia terlalu ‘tunduk’ dengan kuasa besar negara luar yang boleh mempengaruhi sentimen kedaulatan negara.

“Realiti kekuatan China itu tidak kita nafikan, namun kita mahukan pendirian Malaysia untuk mencerminkan kedaulatan negara.

Nurul-Izzah“Walaupun sudah wujud tribunal penafian, namun kita perlu ada langkah untuk berhadapan sebarang kemungkinan pencerobohan yang bakal berlaku di negara ini.

“Situasinya, kita terlalu terhutang budi dengan negara luar khususnya China selepas mereka membeli aset dan ikuiti 1MDB,” katanya. pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, di bangunan Parlimen, pagi ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perbahasannya mendedahkan wujudnya tribunal dan pemantauan berterusan pihak berkuasa memantau perairan negara secara berterusan.

Bagaimanapun, kenyataan Perdana Menteri turut dipersoal Nurul Izzah menerusi insiden pencerobohan kapal luar dan kemasukan pendatang asing yang menceroboh masuk kawasan perairan negara.

“Kita mahu Kerajaan Malaysia tampil menjelaskan sebarang langkah yang diambil bagi memastikan kedaulatan negara kita tidak langsung terpalit,” katanya.

-NFN-

Izzah, Hannah tersenarai wanita berpengaruh dunia


Nurul Izzah Anwar dan Hannah Yeoh tersenarai dalam wanita paling berpengaruh dunia.

Categories
NASIONAL

Bekas Presiden PMUM masuk KEADILAN

SHAH ALAM, 3 NOV: Dua aktivis mahasiswa, Fahmi Zainol dan Adam Fistival Wilfrid diumumkan menyertai parti KEADILAN.

Mereka antara yang dikenakan tindakan oleh Universiti Malaya (UM) kerana menganjurkan program membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Oktober 2014.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, berkata kemasukan mereka mewakili suara anak muda yang dahagakan kebebasan di universiti.

Nurul-Izzah“Kami yakin, penyertaan Fahmi Zainol dan Adam Fistival Wilfrid bakal menjadi pemangkin ke arah kesedaran anak muda akan kepentingan mengambil peduli iisu politik dan yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat secara amnya tanpa mengira agama atau warna kulit,” katanya memetik Malaysia Kini.

Fahmi, bekas presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) akan dilantik sebagai Pengerusi Biro Mahasiswa KEADILAN dan Adam pula akan dilantik sebagai koordinator myChangeMakers.

Izzah turut mengingatkan berkenaan ‘balasan’ yang diterima UM daripada Barisan Nasional (BN) selepas menjadi satu-satunya universiti yang mendapat tempat dalam senarai 150 tapak pertama bagi Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings.

“UM menaiki lima tangga ke tempat ke-146 daripada tempat ke-151 pada 2014.

“Balasan kerajaan BN terhadap pencapaian UM adalah dengan memotong 27 peratus peruntukan untuk 2016 berbanding tahun lalu,” katanya.

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah sahkan Ahli Parlimen Pakatan-BN bincang undi tak percaya

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SEGAMBUT, 9 OKT: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan wujud perbincangan antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan blok pembangkang bagi mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nurul Izzah berkata, beliau bagaimanapun percaya langkah itu sukar dilaksanakan kerana Najib melakukan persediaan awal termasuk ‘menyuap’ Ahli Parlimen BN dengan menaikkan peruntukan RM5 juta seorang.

izzah“Perbincangan berlaku dengan rancak tetapi bak kata orang putih ‘the prove of the pudding is in the eating’. Jadi kita lihatlah nanti, undi tak percaya berlaku atau tidak.

“Pada saya, kita boleh berjanji pelbagai perkara tetapi adakah mereka berani mendepani cabaran dan mengundi untuk masa depan di akhir pelunasan pada hari terbabit.

“Awal lagi, kita mengajak mereka secara terbuka dan pertemuan ada walaupun bukan berskala formal tetapi tak mencukupi kerana ujian sebenar adalah pada hari Dewan Rakyat bersidang nanti,” katanya kepada Selangor Kini, semalam.

Beliau berkata demikian sebaik selesai Solat Hajat bagi kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesejahteraan negara yang diadakan di kediaman Ketua Umum PKR itu, di sini.

UMNO BN 55Nurul Izzah berharap Ahli Parlimen BN mampu berfikir rasional demi masa depan negara dan rakyat.

“Kita harus pragmatik, adakah perjuangan ini harus dipanjangkan sedikit. Jika kita ada komitmen dan istiqamah, In Shaa Allah akan berjaya,” katanya.

Nurul Izzah turut mengucapkan tahniah kepada Bersih 2.0 dan beberapa badan bukan kerajaan kerana melahirkan cadangan terbabit.

-NFN-

Categories
NASIONAL

SPR patut siasat kenyataan Ismail Sabri isu peruntukan

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 2 MEI: Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai peruntukan tidak disalurkan andai parti itu menang di Permatang Pauh, 7 Mei ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata ia menyalahi Akta Pilihanraya 1954 dan meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Nurul Izzah“SPR digesa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin apatah lagi menteri yang mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan akta pilihan raya,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Nurul Izzah merujuk kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu bahawa sebarang projek pertanian tidak diluluskan sekiranya PR memenangi pilihan raya kecil itu.

“Malah sekiranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ingin melobinya, beliau juga tidak dipertimbangkan.

“Ia sesuatu yang tidak boleh diterima dan rakyat Permatang Pauh wajar membidas kenyataan dibuat ini,” katanya.

Nurul Izzah menyeru pengundi Permatang Pauh menolak politik ugutan sebegitu.

Katanya, ia jelas layanan berbeza diterima pemimpin PR dan aktivis NGO apabila seramai hampir 60 orang ditangkap apabila menyertai demonstrasi anti-GST di Kuala Lumpur, semalam.

“Ini bertentangan dengan layanan diberikan kepada Ismail Sabri ketika beliau mengeluarkan kata berbentuk hasutan mengenai peniaga Cina dalam isu harga barang.

“Ia juga tidak terkecuali abang Ketua Polis Negara,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Izzah: ‘Tiada kenaikan tarif elektrik’ kena baca ‘tiada penurunan’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 FEB: Kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili ‘tiada kenaikan tarif elektrik sepanjang tahun ini’ tidak memberi makna besar kepada rakyat.

Sebaliknya kenyataan Ongkili semalam itu hanya memberi makna tiada penurunan tarif elektrik pada tahun ini walaupun harga petrol dan diesel mengalami kejatuhan.

Nurul-Izzah“Ongkili: ‘Tiada kenaikan tarif elektrik seluruh negara tahun ini’ baca ‘juga tiada penurunan’,” tweet Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di akaun tweeter beliau semalam.

Selain itu, kenyataan Ongkili itu juga tidak boleh dianggap sebagai jaminan berdasarkan sikap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang gemar ‘flip flop’.

Sebelum ini Kerajaan digesa pelbagai pihak agar menurunkan tarif elektrik berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Ketika kenaikan harga minyak mentah, kerajaan memutuskan menaikkan tarif elektrik sebanyak 15 peratus.

EZY

Categories
NASIONAL

Kerajaan patut kaji semula hubungan dagang US menaja keganasan rejim Zionis

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 6 OGOS : Kerajaan Malaysia patut mengkaji semula perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat, yang merupakan penaja utama keganasan rejim Zionis Israel.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, perkara ini perlu diambil kira, sebelum perjanjian seperti Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ditandatangani.

Smoke and fire from an Israeli bomb rises into the air ove Gaza CityBeliau berkata, kerajaan perlu mendedahkan syarikat yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Israel, dan mengenakan sekatan ke atas perniagaan bersama Israel.

“Kerajaan perlu mengambil contoh daripada Kerajaan Chile, yang menggantung Perjanjian Perdagangan Bebas mereka, sebagai bantahan ke atas keganasan Israel.

“Selain daripada Chile, kerajaan Bolivia juga secara rasmi telah melabel Israel sebagai “Negara Pengganas”, berikutan jenayah perang yang dilakukan ke atas Gaza.

“Tindakan sebegini jelas menunjukkan solidariti bersama warga Palestine, di atas nama kemanusiaan harus dicontohi oleh negara-negara lain bertamadun,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan media.

Menurut laman web Biro Statistik Israel, pada 2011, Malaysia mengeksport hasil sawit, kelapa dan lain-lain minyak sayuran bernilai kira-kira USD$19.41 juta, hasil koko bernilai USD$8.67 juta dan hasil getah bernilai USD$11.54 juta.

“Kerajaan perlu memberi penjelasan, adakah hasil bumi Malaysia dieksport kepada Israel dan syarikat mana yang turut terlibat mengeksport ke negara Zionis tersebut,” kata Nurul Izzah.

EZY