Categories
SELANGOR

Stemsel model pendidikan & inovasi penyelidikan Malaysia

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 MEI: Program Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik Selangor (Stemsel) bakal menjadi model pendidikan, inovasi penyelidikan serta keusahawanan stem di Malaysia.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, proses inovasi dengan menggerakkan pendidikan stem di rantau ini selari dengan tuntutan kerja bagi abad ke-21.

Pelancaran STEMSEL YB Nik Nazmi di Dewan Jubli Perak (5)“Pendekatan Kerajaan Negeri memberdaya pendidikan stem bagi disiplin bersepadu membolehkan pelajar mengaitkan penggunaan sains, terknologi, kejuruteran dan matematik dengan aplikasi dunia sebenar.

“Inovasi Stemsel diketengahkan bagi menyatukan pendidikan, penyelidikan serta menyediakan rangkaian antara universiti, industri dan masyarakat luar bandar,” katanya ketika melancarkan program itu di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, hari ini.

Nik Nazmi berkata, lebih 180 orang pelajar dan guru menyertai bengkel Stem 2015 untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

Pelancaran STEMSEL YB Nik Nazmi di Dewan Jubli Perak (1)“Aktitivi yang dijalankan dalam bengkel ini terbahagi kepada dua bidang iaitu sains hayat dan kejuruteraan.

“Selain itu, aktiviti makmal turut diusahakan seperti microbe streaking, gram-staining, biofuel, ekstrakan DNA, penghasilan aiskrim, kejuruteraan sivil, elektrik dan mekanikal,” katanya.
-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.