Categories
SELANGOR

JAIS: Pecat ikut prosedur tanpa campur tangan pihak lain

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 26 MEI: Notis tamat perkhidmatan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Ekhsan Bukharee Badarul Hisham diambil mengikut prosedur tanpa sebarang campur tangan pihak lain.

Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim mengulangi keputusan tindakan itu juga diambil selepas panel penyiasat jabatan itu mendapati Ekhsan melanggar perjanjian perlantikan guru Kafa.

pengarah jais a“Tindakan ini tiada kaitan dengan desakan Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak, apatah lagi Dato’ Menteri Besar.

“Terus-terang saya katakan, Mohamed Azmin tidak pernah menyentuh Jais dalam membuat keputusan ini,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Jais, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ekhsan yang mengatakan dirinya menerima tekanan.

Pada 8 April lalu, Ekhsan menimbulkan kekecohan apabila bertindak menyerahkan surat ‘Suara Hati Guru Kafa’ kepada Mohamed Azmin dan Exco di pintu masuk lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ketika persidangan berlangsung.

Surat itu diserahkan bagi menuntut janji Kerajaan Negeri berhubung kenaikan elaun guru Kafa dari RM1,300 kepada RM1,500 selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Selepas insiden itu, Ekhsan mendakwa dia mula menerima tekanan demi tekanan bermula dengan surat tunjuk sebab daripada Jais seterusnya diminta menghadiri prosiding siasatan, pada 24 April lalu.

guru kafaKemuncak tekanan diterimanya adalah arahan pemecatan kerja berkuatkuasa 1 Jun ini yang dimaklumkan melalui lisan oleh pegawai Jais dan sepucuk surat yang diterima, pada 20 Mei lalu.

“Tidak timbul soal tekanan seperti yang didakwa Ekhsan sebaliknya tindakan Jais bertindak mengikut saluran. Tiada sebarang isu membabitkan elaun guru Kafa dan saya sendiri tidak faham mengapa ia diperbesarkan.

“Penstrukturan semula elaun ini sudah dikaji Kerajaan Negeri sebelum dilaksanakan. Ia melibatkan peruntukan besar hampir RM20 juta,” kata Haris.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.