Categories
SELANGOR

Syarikat kerajaan negeri realisasikan gaji minimum RM1,500

Oleh: AFEEQA AFEERA

BATU CAVES, 2 MEI: Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 ditetapkan Pakatan Rakyat (PR) Selangor sudah direalisasikan terhadap kakitangan syarikat milik Kerajaan Negeri.

Grafik-Selangor-PakatanExco Pembangunan Generasi Muda, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata ia jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri pada kemampuan yang ada.

“Paling tidak kita sudah laksanakan terhadap kakitangan peringkat anak syarikat dan diikuti pula guru-guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) selepas ini setelah kita jalankan kajian terperinci.

“Ia jelas membuktikan kesungguhan kita untuk membela nasib kakitangan awam di Selangor,” katanya selepas merasmikan program Bola Jaring Selangor di Dataran Belia, hari ini.

Terdahulu, Selangor mendahului kerajaan persekutuan dalam melaksanakan dasar gaji minimum, dengan janji untuk membayar RM1,500 sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.