Categories
SELANGOR

Terlalu pilih kerja buka ruang warga asing monopoli perniagaan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 8 MEI: Kebanjiran warga asing kini menjadi saing sengit rakyat tempatan apabila urusniaga perniagaan= turut dimonopoli mereka.

Pelajar, Maisarah Nashri, 23, berkata ada premis perniagaan di Shah Alam dipenuhi peniaga warga asing terutama warga Bangladesh dan Pakistan.

maisarah nashri“Mereka mempunyai modal besar dan stok barangan mudah didapati di negera mereka. Jadi, mereka dapat jual dengan harga lebih murah di Malaysia,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, beberapa premis perniagaan sekitar Shah Alam dimonopoli peniaga dan pendatang warga asing hingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk setempat.

Peniaga, Hasnah Safian, 49, berkata lambakan pekerja asing akibat permintaan tinggi tenaga kerja selain sikap rakyat tempatan yang terlalu memilih pekerjaan.

“Sebenarnya, orang Malaysia sendiri perlu rajin dan jangan terlalu memilih kerja yang senang tapi gaji besar.

“Berbanding dengan pekerja asing yang tidak banyak ragam dan mudah diarahkan berbanding rakyat tempatan yang suka melawan majikan dan berhenti kerja sesuka hati,” katanya.

Lee ElaineSementara itu, pelajar, Lee Elaine, 24, berkata perbezaan layanan warga asing yang lebih mesra pelanggan juga antara faktor mereka lebih cepat maju berbanding rakyat tempatan.

“Pekerja tempatan, banyak kerja sikit dah buat muka, pelanggan dilayan tidak mesra berbeza dengan pekerja asing yang bekerja lebih ikhlas demi menyara keluarga.

“Untuk membendung masalah ini, kita sendiri perlu berusaha lebih gigih dan jangan terlalu memilih kerja. Kerajaan perlu memantau peniaga bumiputra supaya kewangan dapat diguna dengan bijak untuk memajukan perniagaan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.