Categories
NASIONAL

Wan Azizah: Rakyat bersama PR tumbangkan BN

Oleh: HAFIZAN TAIB dan NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 8 MEI: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, melahirkan kesyukuran di atas kejayaan Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Baginya, ia adalah kejayaan rakyat yang tertekan dengan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) berikutan penyalahgunaan kuasa dan ketirisan.

“Saya bertanding di sini bukan kerana jawatan tetapi nak lawan penindasan dan ketidakadilan.

_MG_9506“Kerana itu, saya bangga Permatang Pauh memahami, mengundi dan membuat keputusan ini (memenangkan PR),” katanya ketika berucap di Kubang Semang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas pengisytiharan kemenangannya dalam Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan berkenaan.

Wan Azizah diangkat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh apabila memperoleh 30,316 undi menewaskan calon BN, Suhaimi Sabudin (21,475), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) (101) dan Salleh Isahak (Bebas) (367) dengan majoriti 8,841.

Katanya, rakyat khususnya pengundi di parlimen itu melahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap BN yang melaksanakan beberapa program termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selain pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

_MG_5975“Bukan kerana beliau bersalah tetapi kerana dizalimi. Kita di luar, beliau di dalam. Doa kita, beliau akan jadi kuat,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan menegakkan keadilan akan diteruskan dan PR akan terus berdiri kukuh demi kepentingan rakyat.

“Teruskan perjuangan menegakkan keadilan di depan penguasa yang zalim. Itu adalah satu jihad untuk kita bersama,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.