Categories
NASIONAL

Tony Pua: “Saya juga setuju CEO dan lembaga pengarah 1MDB dipecat”

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (DAP) bersetuju dengan saranan supaya ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat.

Pua berkata, tindakan berkenaan sesuai kerana persoalan yang dibangkitkannya berkenaan nilai USD1.1 bilion sama ada dalam bentuk aset atau tunai juga gagal dijawab dengan tepat sebelum itu.

tony-pua“Saya setuju dan ada menyebut sebelum itu bahawa pertamanya isu sama ada mempunyai tunai atau tidak di Singapura.

“Perkara berkenaan USD1.1 bilion dalam bentuk tunai atau aset juga tidak dapat dibezakan dan gagal memberi jawapan tepat.

“Saya rasa CEO itu tidak boleh dipakai dan perlu dipecat. Segala lembaga yang perlu memantau apa berlaku dalam 1MDB tidak menjalankan kerja secara baik dan bersetuju mereka juga perlu dipecat,” katanya di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Semalam, Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) menyifatkan gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat dan disiasat adalah sesuai.

1MDBSebelum itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui kerajaan tersalah tafsir bentuk simpanan atau aset USD1.1 billion atau RM3.97 bilion yang disimpan di sebuah bank Singapura.

Katanya, aset yang dibawa pulang dari Kepulauan Cayman itu dalam bentuk unit bukan wang seperti yang dilapor sebelum ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.