Categories
NASIONAL

UMcedel: 20% sokongan Cina bantu PR menang PRK Permatang Pauh

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 22 MEI: Sokongan padu kaum Cina membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh, pada 7 Mei lalu.

Pengarah  Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) , Dr Amir Saifudi berkata, kajian mendapati kaum Cina memberi kemenangan besar kepada PR.

PRK-P44“Walau terdapat perubahan undi, tetapi secara umumnya hampir 20 peratus sokongan penuh adalah daripada pengundi Cina yang menentukan kemenangan PR di PRK Permatang Pauh.

“Selain itu, pengundi veteran berumur 41 tahun ke atas turut menyumbangkan sokongan kuat kepada PR,” katanya.

Amir berkata, sokongan padu kaum Cina juga penting bagi PR untuk pilihan raya akan datang walaupun kajian memperlihatkan terdapat perubahan undi bagi beberapa kawasan.

“Sokongan padu ini berkemungkinan boleh berlaku di tempat lain jika kita memperoleh data. Kajian ini seharusnya dilaksanakan parti politik untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.