Categories
NASIONAL

1,890 perwakilan mula mengundi, perjalanan lancar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 4 JUN: Selepas PAS menghadapi pelbagai cabaran demi cabaran politik sejak beberapa bulan lalu, hari ini seramai 1,890 perwakilan PAS dari seluruh negara mengundi menentukan barisan kepimpinan baharu PAS Pusat.

Barisan kepimpinan yang bakal dipilih kali ini dikatakan bakal menentukan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) sekaligus mencorakkan hala tuju parti Islam itu sebelum menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

MuktamarKetika ini para perwakilan Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor mula berbaris untuk memilih calon pilihan dalam pertembungan yang dikatakan sengit kali ini.

Paling menjadi tumpuan kali ini, pertembungan dua kerusi tertinggi parti iaitu bagi jawatan Presiden antara penyandangnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicabar Mantan Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang dan bagi kerusi Timbalan Presiden yang disandang Mohamad Sabu pula ditentang Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu turut dijangka hangat, pertandingan enam penjuru bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden yang terdiri Datuk Iskandar Samad, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

5aSementara itu seramai 55 calon pula bertanding merebut tempat dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Ketika berita ini dilaporkan, pengundian sedang berjalan lancar dengan perwakilan beratur mengikur zon masing-masing dan keputusan pemilihan kali ini dijangka bakal diumumkan esok.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.