Categories
SELANGOR

MB: Rekod prestasi faktor kemenangan Iskandar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Kerajaan Negeri mengamalkan dasar tidak mencampuri urusan dalaman sesebuah parti termasuk isu pemilihan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang berakhir, 6 Jun lalu.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata beliau percaya prestasi memberangsangkan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menjadi salah satu faktor mempengaruhi kemenangan beliau sebagai Naib Presiden PAS.

azmin“Itu keputusan perwakilan PAS. Kita tak campur urusan pemilihan itu, namun Datuk Iskandar sebagai Adun dan Exco memang dah beri perkhidmatan yang baik di peringkat negerin mengikut dasar diputuskan.

“Kita memang tak campur kedudukan beliau dalam parti, namun saya percaya kemenangannya berdasarkan sumbangan kepada Pakatan keseluruhannya. Ini mungkin jadi pertimbangan di muktamar,” katanya kepada Selangor Kini di lobi Dewan Parlimen, di sini, hari ini.

Pada muktamar itu, Iskandar memenangi satu daripada tiga kerusi Naib Presiden yang dipertandingkanndan dua kerusi lagi dimenangi Idris Ahmad dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

-NFN-

Categories
NASIONAL

1,890 perwakilan mula mengundi, perjalanan lancar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 4 JUN: Selepas PAS menghadapi pelbagai cabaran demi cabaran politik sejak beberapa bulan lalu, hari ini seramai 1,890 perwakilan PAS dari seluruh negara mengundi menentukan barisan kepimpinan baharu PAS Pusat.

Barisan kepimpinan yang bakal dipilih kali ini dikatakan bakal menentukan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) sekaligus mencorakkan hala tuju parti Islam itu sebelum menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

MuktamarKetika ini para perwakilan Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor mula berbaris untuk memilih calon pilihan dalam pertembungan yang dikatakan sengit kali ini.

Paling menjadi tumpuan kali ini, pertembungan dua kerusi tertinggi parti iaitu bagi jawatan Presiden antara penyandangnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicabar Mantan Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang dan bagi kerusi Timbalan Presiden yang disandang Mohamad Sabu pula ditentang Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu turut dijangka hangat, pertandingan enam penjuru bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden yang terdiri Datuk Iskandar Samad, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

5aSementara itu seramai 55 calon pula bertanding merebut tempat dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Ketika berita ini dilaporkan, pengundian sedang berjalan lancar dengan perwakilan beratur mengikur zon masing-masing dan keputusan pemilihan kali ini dijangka bakal diumumkan esok.

EZY

Categories
NASIONAL

Azmin: Perkukuh Pakatan hadapi PRU-14

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 4 JUN: Tindakan sesetengah pihak terlalu menumpukan usul PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa dibentangkan di Dewan Ulama PAS semalam dilihat tidak wajar.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, ini berikutan pihak terbabit sepatutnya turut meneliti ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

muktamar pas“Tuan guru berulang-kali menunjukkan komitmen beliau selaku Presiden PAS dan menggunakan muktamar ini supaya seluruh kepimpinan dan anggota memahami keperluan PAS meneruskan perjuangan melalui Pakatan atas kaedah tahaluf siasi.

“Sementara itu kita hormati pandangan ketiga-tiga dewan, Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama.

“Ini proses demokrasi sesebuah parti yang kita kena hormat dengan usul dibentangkan dan akhirnya ucapan dasar Presiden sebagai ketua parti mencorakkan masa depan hala tuju parti dan PR. Ini harus dilihat positif dan bertanggungjawab semua pihak,” kata Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin turut yakin hubungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan dapat diteruskan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Sebelum itu, Abdul Hadi dalam ucapan dasar pada muktamar bertemakan ‘Beristiqamah Hingga Kemenangan’ kali ini, menegaskan PAS terus bersama Pakatan dengan berpandukan hukum tertinggi dalam PAS iaitu al-Quran, Hadis, Ijma’, Ulama dan Qiyas.

EZY

Categories
NASIONAL

Mantapkan ukhuwah, padam syak wasangka

SHAH ALAM, 3 JUN: Muslimat PAS disaran memantapkan ukhuwah dan memadamkan syak wasangka serta terus istiqamah dalam perjuangan parti itu.

Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof, berkata muslimat mesti mencari titik pertemuan walaupun masing-masing mempunyai pelbagai pandangan.

“Sesungguhnya, perjuangan menegakkan Islam tidak melalui jalan yang mudah, bahkan kita sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dan halangan.

muslimat pas“Walaubagaimanapun, kita perlu tetap dan tabah, beristiqamah serta tidak menyeleweng dari dasar Islam.

“Pupuk ukhuwah dan elakkan bertelingkah sesama sendiri. Sentiasa bermunajat serta mengikat diri dengan Allah SWT,” katanya yang dipetik dari Harakah Daily.

Zailah menegaskan, kebocoran maklumat dalam gerakan Islam yang berlaku kini memberi kesan besar kepada keutuhan PAS yang mementingkan etika juga adab kerahsiaan dalam jemaah.

Beliau berkata, hal itu ditambah dengan kelicikan pengamal media baru yang sentiasa mendahului dalam menyampaikan berita dan maklumat sensasi.

image“Ini kerana kegagalan sebahagian ahli untuk mengelak atau mengawal diri daripada mendedahkan perselisihan antara mereka melalui media baru.

“Cabaran ini bersifat ancaman dari media ke atas gerakan Islam. Jika tidak dibendung secara berhikmah akan menjadi kanser kepada jemaah kita,” katanya.

Zailah mengingatkan supaya muslimat tidak terpengaruh dengan istilah ‘ulama’ dan ‘profesional’ yang digunakan media dan musuh PAS untuk memecahkan ahli.

Katanya, ia lebih menjurus kepada pertembungan dua aliran pemikiran yang berbeza pandangan dan pendekatan.

“Isu yang diperbesar dalam media sosial termasuk Facebook, Whatsapp dan medium lain bukan pertembungan antara kumpulan ulama dan profesional dalam PAS tetapi pengikut masing-masing,” katanya.

PAS : Apa lepas Muktamar – Bhgn 1

http://tv.selangorku.com

PAS : Apa lepas Muktamar – Bhgn 2

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Pemuda PAS kena ‘cool’ untuk tarik sokongan anak muda

PETALING JAYA 21 NOV: Pemuda PAS digesa melahirkan seorang pemimpin yang ‘cool’ dan mampu mendampingi segenap lapisan masyarakat.

Perwakilan Johor Shazni Munir berkata, pengolahan dan penambahbaikan tarbiah anak muda penting untuk menjadikan dewan itu tidak berimej eksklusif sehingga dilihat ‘poyo’ di mata masyarakat.

shaznihqdefault“Sekiranya kita terus dilihat sebagai entiti yang berbeza, selagi itulah kita dilihat tidak ‘cool’ di mata anak muda.

“Cool ini maknanya tidak ‘poyo’. Jadi ini adalah perkara yang disukai oleh anak-anak muda,” katanya dipetik Malaysia Kini, ketika membahas ucap utama ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Shazni, bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, membandingkan ketokohan Pemuda PAS dengan pemimpin parti muda parti lain seperti Rafizi Ramli (PKR) dan Khairy Jamaluddin (Umno) yang dilihat menjadi ‘magnet’ anak muda.

– FZL