Categories
SELANGOR

56 di 3 DUN terima manfaat SMUE

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG,6 JUN: Seramai 56 dari tiga buah DUN di daerah Klang menerima manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa 2 di Dewan Taman Eng Ann, dekat sini hari ini.

Program kebajikan yang dilaksanakan sejak 2008 itu diserahkan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Teng Chang Khim mewakili tiga buah DUN iaitu Sungai Pinang, Meru dan Sementa.

_20150606_112342Salah seorang penerima, Jenifah Jasman, 36, berkata skim khairat kematian itu memudahkan urusan keluarga untuk menguruskan keperluan si mati.

Beliau yang menerima skim itu mewakili ibunya yang baru meninggal dunia hujung Mac lalu berharap program inidapat diteruskan selaras dengan usaha berkebajikan dilaksanakan Kerajaan Selangor.

“Saya sangat bersyukur kerana dapat menerima manfaat ini mewakili arwah ibu saya.

“Ia sedikit sebanyak meringankan beban kami dan membuktikan Kerajaan Selangor sangat prihatin dengan rakyat tanpa mengira usia,” katanya.

Bagi Ravi a/l Ramasamy, 47, beliau berkata keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat amat dialu-alukan.

_20150606_112354Malah ia terbukti apabila banyak program kebajikan diberikan sejak Pakatan Rakyat (PR) mentadbir pada 2008.

“Walaupun si mati tidak dapat merasai manfaat ini sepenuhnya tetapi ia tetap dianugerahkan kepada mereka.

“Saya terharu dan berterima kasih kepada Kerajaan Selangor,” katanya yang juga mewakili mendiang ibunya.

SMUE merupakan skim diwujudkan Kerajaan Selangor khusus untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor.

Manfaatnya bernilai RM2,500 disumbangkan kepada penama warga emas/OKU yang meninggal dunia dan berdaftar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.