Categories
SELANGOR

Bantuan segera dihulur untuk mangsa ribut dua kampung

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 JUN: Lebih 50 rumah dan gerai sekitar Kampung Sungai Udang, Telok Pulai dan Kampung Delek, Klang rosak dilanda ribut boleh memohon mendapatkan bantuan bencana.

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali, berkata pihaknya akan membantu semua yang terbabit mendapat bantuan secepat mungkin.

photo 2“Mereka boleh membuat aduan ke pejabat DUN. Kita akan panjangkan perkara ini dan membantu mempercepatkan bantuan untuk semua mangsa,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada kejadian 6 Jun lalu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan penduduk menyifatkan ribut itu adalah kejadian paling teruk yang pernah melanda kawasan terbabit.

Peniaga, Abdul Khir Said, berkata ribut pernah melanda kawasan itu tetapi kali ini lebih kuat apabila banyak pokok tumbang dan bumbung rumah serta gerai sekitar Kampung Delek terjejas teruk.

photo 1(1)“Ketika kejadian, saya tergerak hati untuk melihat keadaan gerai selepas mendengar berita kawasan sekitar dilanda ribut.

“Tidak sangka, gerai kami turut musnah termasuk kediaman adik yang berada di kawasan berdekatan,” katanya.

Pada masa sama, beberapa pusat gerakan bencana sementara dibuka Majlis Perbandaran Klang bagi membantu mangsa.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.