Categories
SELANGOR

Cassia kutip nilai julan RM19.5 juta

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 JUN: Projek berprestij terbaru Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Cassia berjaya mengutip jualan bernilai RM19.5 juta dalam tempoh seminggu sejak pelancarannya 14 Jun lalu.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata projek rumah 54 unit eksklusif ‘semi detached’ itu terletak di Antara Gapi, Rawang dengan keluasan lot 40×80 dan luas binaan dari 2,375 kaki persegi (kps) hingga 2,637 kps yang dijual bermula RM681,000 hingga RM795,000.

Katanya, reka bentuk rumah itu berkonsep kontemporari moden yang memenuhi citarasa semasa, manakala rekaan pelan yang kemas serta praktikal bagi memastikan pengaliran udara dan cahaya yang baik di dalam rumah.

pkns1“Susun atur ruang yang terbuka dan luas adalahciri utama yang diterapkan dalam reka bentuknya bagi meningkatkan keselesaan serta memberi kemudahan kepada penghuni.

“Pembeli masih menaruh keyakinan terhadap projek hartanah yang dibangunkan PKNS. Salah satu faktor yang merangsang penjualan hartanah milik PKNS adalah konsep bina dan jual yang berjaya mencuri hati pembeli,” katanya dalam kenyataan.

Ishak berkata, pihaknya juga memahami kehendak pembeli yang mahu segera memasuki kediaman selain mengelak risiko projek terbengkalai.

“Setakat ini, projek PKNS tidak ada terbengkalai dan kami masih mengekalkan rekod yang baik.

“Kami mendapati orang ramai yakin dengan konsep bina dan jual ini. Ia amat membantu jualan hartanah milik PKNS,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.