Categories
NASIONAL

Charles Santiago diarah keluar Dewan Rakyat

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Charles Santiago (DAP-Klang) keluar meninggalkan dewan selepas enggan menarik balik kenyataan ‘alasan tidak masuk akal’ yang disifatkan menghina beliau.

Situasi sedikit tegang berlaku sejurus sesi soal jawab tamat apabila Charles bangkit mempertikai penolakan usul yang diputuskan Pandikar.

charles parlimen 01Speaker menolak usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) yang dikemukakan Charles bagi membincangkan masalah denggi atas alasan Kerajaan Persekutuan sudah menubuhkan pasukan petugas khas di peringkat negeri selain melakukan beberapa operasi kawalan.

Dalam sidang media ringkas di Lobi Parlimen, Charles berkata, usul itu perlu dibincangkan segera kerana melibatkan keselamatan rakyat Malaysia.

“Semalam, kita boleh membincangkan usul air kerana melibatkan kepentingan rakyat.

“Jadi, isu ini juga boleh dibincangkan bersama kerana 144 kematian dicatatkan ekoran denggi, sejak Januari lalu.

“Ini adalah peningkatan 100 peratus daripada jumlah kes tahun lalu,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.