Categories
NASIONAL

Demi perjuangan: Hanipa menangis, Nik Abduh bagi tisu

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Semangat setia kawan yang ditunjukkan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Hanipa Maidin terhadap rakan seperjuangan menarik perhatian perwakilan pada hari terakhir Muktamar PAS hari ini.

Semangat ini dapat dilihat apabila Hanipa tidak dapat meneruskan ucapan penggulungannya selepas gagal mengawal perasaan sedih tatkala terkenang rakan seperjuangan yang sudah tiada.

11412152_1116295325053877_8597057859316759073_nTanpa berselindung, Hanipa yang terkenangkan Allahyarham Syed Muhammad yang membantu beliau selepas berakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004 menangis tersedu-sedu.

“Memang perkara biasa peguam dalam PAS seperti kami akan terus bertugas walaupun pilihan raya dah tamat.

“Selepas Pilihan Raya kami terus bertugas. Pengalaman paling manis sekali pada 2004. Pada masa itu hampir dua minggu kami berkurung di sebuah bilik di Taman Melewar. Pada masa itu yang betul-betul bantu kami adalah Almarhum Syed Muhammad. Beliaulah menghantar kami kopi malam-malam,” kata Hanipa.

Beliau yang berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor selepas itu terus tidak dapat meneruskan ucapan disebabkan terlalu sedih.

Melihatkan keadaan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz datang ke arah Hanipa dan memberikan tisu kepada beliau sambil diiringi laungan takbir oleh perwakilan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.